Thursday, September 30, 2010

Pendahuluan

Industri asas tani merentasi anjakan paradigma, selari dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan pertumbuhanya yang dipacu oleh produktiviti dan inovasi, disokong oleh perkongsian pintar yang efektif dan efisien dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Agri Wanns Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya, bersandarkan kepakaran di dalam bidang perundingan dan pembangunan projek pertanian berskala komersial, kami menyahut seruan kerajaan untuk berganding bahu dalam membangunkan industri asas tani. Projek Pertanian Lembah Chapu adalah ‘role model’ terbaik transformasi hala tuju sektor pertanian di Malaysia pada masa kini.


Menerapkan konsep pertanian ‘Saing’ iaitu kerjasama strategik diantara pihak syarikat, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan usahawantani setempat dalam membangunkan projek pertanian berskala komersial, penggunaan teknologi moden yang meluas, pengeluaran yang berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi seiring dengan konsep APB (Amalan Pertanian Baik), memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi, penyerapan kaedah ICT dan penglibatan beliatani dan tenaga mahir.


Mengaplikasikan projek ladang ‘Satelit’ iaitu perusahan pertanian berhampiran bandar-bandar utama di negeri-negeri sebagai satu kawasan ladang intergrasi pengeluaran ulam-ulaman, rempah ratus, sayur-sayuran, buah-buahan singkat masa dan ternakan bagi memenuhi keperluan pengguna di kawasan bandar dan kawasan yang berhampiran.  Disamping itu, ia juga akan berfungsi sebagai satu kawasan tarikan pelancongan pertanian.


Dibangunkan di lot tanah seluas 16 ha di Kg Chapu, daerah Hulu Terengganu, Terengganu.Hala tuju pembangunan dirangka rapi oleh pihak syarikat dengan kerjasama sepenuhnya Pusat Pembangunan Pertanian Kuala Berang.


Sedar tidak sedar projek pertanian bumiputera kita berada di persimpangan, antara masa depan yang gemilang atau kembali kepada kegelapan masa silam.Pilihan kini terletak kepada usahawantani bumiputera itu sendiri kerana hari ini kita diibaratkan seperti diberi kail dan umpan tetapi tidak tahu untuk melabuhkanya, walaupun pasti akan hasil pancingnya yang lumayan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu melalui Pusat Pembangunan Pertanian Kuala Berang dan Bahagian Pengembangan,Perundingan dan Perlaburan Projek Pertanian,Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Terengganu terhadap segala usaha kerjasama dan perlaburan yang diadaptasikan di Projek Pertanian Lembah Chapu.

Bermula dari detik ini marilah kita bersama-sama memulakan perjalanan dengan menjadikan ‘Lembah Chapu’ sebagai inspirasi kejayaan dalam perusahan asas tani, bukan sehari, sebulan, setahun tetapi bertali arus sehingga bertukarnya generasi ke generasi di dalam industri asas tani negara.Berusahalah dan bertawakalah sehingga kita bertemu jaya, Insyaallah