Amalan Pertanian Baik

Amalan Pertanian Baik adalah satu sistem pengurusan yang mengamalkan amalan-amalan pertanian yang baik yang dilaksanakan mengikut standard dan undang-undang/ peraturan bagi mengawal dan mengurangkan hazard, risiko dan impak terhadap aktiviti pengeluaran pertanian. 

Sistem pengurusan ini akan dapat meningkatkan produktiviti, menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja, keselamatan makanan dan pemuliharaan alam sekitar. 

Usaha ini adalah ke arah pembangunan pertanian lestari.


SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA (SALM)
 
SALM ialah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.
 
Skim ini berpandukan kepada Standard Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan berdasarkan kepada Malaysian Standard MS1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).


PENSIJILAN SKIM ORGANIK MALAYSIA (SOM)

SOM ialah sebuah program pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia (SOM).

Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.

Standard SOM juga merangkumi syarat-syarat dan kriteria yang terbit dari peruntukan dalam undang-undang untuk mengawal hazard yang mempunyai impak ke atas alam sekitar, keselamatan makanan dan kesihatan dan keselamatan pekerja.