Pertanian ‘Saing’

Konsep Pertanian Saing @ Agro Buddy Concept

‘Saing’ adalah loghat masyarakat negeri Terengganu, bermaksud berkawan dan kerjasama.
 
Pertanian saing’ adalah kerjasama strategik dan usaha bersama dalam membangunkan projek asas tani diantara agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, syarikat Agri Wanns Sdn Bhd dan beliatani setempat dalam membangunkan projek pertanian berskala komersial. 

Kaedah yang digunakan adalah sistem mentor-mentee :  
  • Mentor- syarikat Agri Wanns Sdn Bhd 
  • Mentee- beliatani setempat 
Matlamat ‘Pertanian Saing’ adalah mewujudkan jaringan lengkap sistem perniagaan di dalam projek ladang pertanian ‘Pertanian Adalah Perniagaan’, dengan berteraskan sistem pengurusan projek yang sistematik, ketelusan sistem kewangan, pengeluaran yang berterusan dan berkualiti dan pemasaran yang konsisten.

Matlamat sistem mentor-mentee adalah mewujudkan saluran perhubungan bagi membolehkan beliatani mendapatkan nasihat dan bimbingan secara berterusan daripada wakil syarikat Agri Wanns Sdn Bhd.

Tanggungjawab mentor :
  • Melaksanakan rancangan pembangunan pertanian berkonsepkan ‘Pertanian Saing’ di Projek Pertanian Lembah Chapu. 
  • Memaklumkan dari semasa ke semasa setiap perkembangan prestasi projek kepada pegawai pertanian Pusat Pengembangan Pertanian Kuala Berang.
  • Menyimpan salinan rekod dokumentasi.
  • Mengurus dan memantau aktiviti pengeluaran beliatani.
  • Membantu beliatani yang menghadapi permasalahan penanaman secara berterusan.
  • Mengurus sistem kewangan.
  • Mengurus pemasaran hasil.
    .