Ladang ‘Satelit’

Perusahan ladang yang dibina berhampiran bandar bagi membekalkan herba segar, ulam, rempah-ratus, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kegunaan penduduk bandar dan juga direka khas supaya ladang-Iadang ini menjadi destinasi percutian yang menarik untuk keluarga. Di sini juga terdapat kolam-kolam ikan dan ladang ternakan. Ladang seperti ini akan menjadi daya tarikan komersial moden di mana pembeli boleh memilih sendiri buah-buah dan sayur-sayuran yang diinginkan.

Konsep ladang satelit adalah hasil idea Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertujuan membolehkan seisi keluarga mengunjungi ladang untuk memperolehi makanan segar. Ia perlu kelihatan menarik untuk penduduk bandar mengunjungi dan melihat sendiri pengeluaran barangan makanan tropika.

Produk yang dikeluarkan dari ladang ini juga diiktiraf mengikut standard dan amalan pengurusan terbaik dan terkini bagi memastikan mutu dan keselamatannya terjamin. Kerja di ladang akan mengikut piawaian Mardi dan Jabatan Pertanian untuk memastikan bahawa barangan yang pelanggan beli adalah selamat dan bermutu tinggi serta segar