Friday, November 12, 2010

Lawatan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu

Lawatan Tuan Haji Md Yusof Maidin (Pengarah Pertanian Negeri Terengganu) bertarikh 11 November 2010
 
Beliau telah memberi sumbangan fikiran dan pendapat mengenai hala tuju Pembangunan Projek Pertanian Lembah Chapu supaya lebih berdaya saing.

catatan : turut serta adalah Penasihat Agri Wanns Sdn Bhd (En Ahmad Kamarul Idrus)

Monday, November 8, 2010

Permohonan Syarikat Agri Wanns Sdn Bhd kepada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu


Permohonan Syarikat -

Thursday, November 4, 2010

Skim Akreditasi Ladang Malaysia


SKIM AKREDITASI LADANG MALAYSIA -

Wednesday, November 3, 2010

Teknologi Penanaman Rock Melon

Sekilas tentang Tembikai Wangi (Aromatic Melon)
  • Dikenali juga sebagai Cantaloupe di Eropah, Musk Melon di Amerika, Rock Melon di Australia & New Zealand dan Snapseck(Sweet Melon) di bahagian Afrika dan Timur Tengah.
  • Sejenis tanaman berbuah semusim yang berasal dari Lembah Parsi, Mediteranian dan tersebar luas ke Eropah, Timur tengah, Amerika dan kemudianya mengalami perkembangan jenis di Jepun, China, India, Sepanyol, Uzbeskistan dan Iran.
  • Di Malaysia tanaman ini mula diusahakan pada tahun 1970, dan diera 90-an merupakan puncak perkembanganya. Selepas itu  perusahan ini merundum jatuh, berpunca daripada  masalah penyakit yang tidak terkawal, pulangan yang tidak kompetetif berbanding modal perusahan dan teknik penanaman yang agak sukar.
  • Kini dengan adanya kaedah dan teknik penanaman secara ‘Teknologi Fertigasi’ perusahan ini kembali berdaya saing dengan mengatasi cabaranya sebelum ini.
  • Terdapat banyak jenis dan varieti yang boleh diperolehi dengan perbezaan warna, saiz, bentuk fizikal buah, kemanisan, permukaan kulit buah, kematangan dan lain-lain lagi.
  • Kebiasanya ia ditanam di atas tanah tumbuh memanjang dan menjalar, tetapi di dalam amalan pertanian secara teknologi fertigasi pokok dilatih untuk tumbuh secara menegak ‘vertical farming’.

Taksonomi dan Morfologi
  1. Tanaman hibrid FI dari jenis Cucumis melo L .
  2. Daripada keluarga Cucurbitaceae, tergolong di dalam alam tumbuhan, termasuklah tanaman labu, tembikai, mentimun dan kundur.
  3. Tanaman semusim yang tumbuh memanjat dan menjalar.
  4. Mempunyai akar tunjang dan dipenuhi akar serabut pada hujungnya.
  5. Batang pokok bewarna hijau muda dan berbentuk segi lima, berbulu dan mempunyai ruas-ruas sebagai tempat tumbuhnya tunas dan daun.
  6. Daun menjejari dengan lima sudut, bewarna hijau dengan permukaan yang berbulu, tersusun berselang seli melekat di ruas-ruas batang.
  7. Sulur akan tumbuh di setiap ketiak daun untuk membantu pokok memanjat.
  8. Tangkai daun yang panjang dan hampir menyamai saiz batang pokok.
  9. Bunga berbentuk seperti loceng, bewarna kuning dan berkelamin tunggal (kelamin jantan dan betina di dalam bunga yang berasingan)
    1. Bunga jantan terbentuk secara berkelompok dan terdapat di setiap ketiak
    2. Daun bunga betina terletak diketiak daun yang pertama dan kedua dalam setiap ruas percabangan
  10. Buah berbentuk bulat dan bersaiz kecil, isinya pejal bewarna oren salmon, rasanya manis dan enak.Permukaan kulit luar berjejaring bewarna kelabu hijau dan mengeluarkan aroma ‘musky’ apabila cukup matang,bahagian tengah buah terdapat massa berlendir yang dipenuhi dengan biji-biji kecil yang banyak.
  11. Berat secara purata sebiji buah adalah 1.5 – 2.5 kg dengan ukuran lilit 15-20cm.
Tumbesaran

0-7 hari           -semai benih
8 hari              -pindah ke ladang
15 hari            -cantasan pertama,semburan P&D
22 hari            -cantasan ke-2, semburan P&D
26 hari            -cantasan ke-3,latih lilit, semburan P&D
28-38 hari      -latih lilit,pendebungaan berbantu
38-42 hari      -pembentukan buah,semburan P&D,latih lilit
40-45 hari      -bantu lilit, semburan P&D
38-58 hari      -pembesaran buah,pembentukan pukat,bantu lilit,semburan P&D
59-70 hari      -pemanisan buah

Jumlah larutan baja berubah mengikut umur, peringkat pertumbuhan, cahaya, suhu, kelembapan dan jenis media digunakan.Umur 35-60 hari jumlah air diperlukan dengan banyak untuk pembesaran buah.10-14 hari terakhir sebelum pungut hasil-perlukan baja pekat tetapi jumlah larutan dikurangkan untuk pemanisan buah.


Kesesuaian Agroklimat
  1. Tanaman ini memang memiliki sifat pertumbuhan yang ‘agak manja’ iaitu memerlukan syarat tertentu untuk tumbuh dan seterusnya mengeluarkan buah.
  2. Suhu-secara purata yang diperlukan adalah 25 – 32 Celcius
    1. Pada waktu malam 18 -20 Celcius
    2. Siang hari 24 – 30 Celcius
    3. Suhu yang sesuai untuk pemasakan buah 15-25 Celcius
    4. Bagi medium tanaman pula 21-25Celcius
  3. Ketinggian dari paras laut-boleh hidup subur diantara ketinggian 0 – 2000 dpl.
  4. Sinaran matahari-peranan penting untuk menghasilkan buah yang berkualiti iaitu memerlukan secara purata 10 jam sehari.
  5. Kelembapan-memerlukan kelembapan udara yang tinggi iaitu 70 – 80%, namun begitu linkungan mikro yang terlalu lembap bakal mengundang beberapa penyakit bagi tanaman ini.
  6. Medium tanaman-memerlukan medium yang sesuai dan berkualiti (mestilah mudah mengalirkan lebihan air atau bersifat poros).
  7. Tahap keasidan pH-media tanaman yang sesuai adalah 6.0 -7.0
  8. Keperluan air kepada pokok
    1. Semaian sehingga berbunga-berdasarkan keperluan semasa tanaman
    2. Pembesaran buah-pemberian air yang banyak
    3. Pemasakan buah-mengurangkan jumlah pemberian air tetapi pemberian baja ditingkatkan (kelembapan yang tidak munasabah akan mengakibatkan buah menjadi busuk,buruk,kandungan gula yang rendah dan buah menjadi pecah)
  9. Panduan pengairan dan pembajaan-pemerhatian kepada keseluruhan warna pokok (daun dan pucuk baru) pada waktu tengah hari.
    1. Warna daun tidak terlalu kehijauan pekat
    2. Pertumbuhan pucuk yang tidak terbantut
    3. Daun yang tidak terlau keras
    4. Batang muda tidak mudah patah

Tuesday, November 2, 2010

Potensi Hasil Pengeluaran Makanan Secara Fertigasi


Potensi hasil teknologi pengeluaran makanan secara fertigasi -

Kaedah Rekabentuk Sistem Fertigasi


Kaedah Rekabentuk Sistem Fertigasi -

Teknologi Pengeluaran Makanan Secara Fertigasi


Teknologi Makanan Secara Fertigasi -

Monday, November 1, 2010

Nukilan Rasa

Hadith Rasulullah s.a.w

Di bidang pertanian.
“Tiadalah seseorang mukmin itu menyamai akan semaian akan menanam tanaman lalu dimakan oleh burung atau manusia melainkan ianya adalah menjadi sedekah” (Hadis riwayat Imam Muslim).
“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bidang perusahaan.
“Sebaik-baik usaha ialah usaha seseorang pengusaha apabila ia bersifat jujur dan nasihat menasihati.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Di bidang perniagaan.
Rasulullah s.a.w. juga menyatakan bahawa sembilan persepuluh daripada rezeki itu adalah pada perniagaan. (Hadis riwayat Imam At-Tirmizi dan Hakim).


‘Apabila kita bersama mereka yang belajar dari kesilapan dan kegagalan yang pernah mereka alami maka kita akan mempunyai yang terbaik
 itulah fitrah kehidupan,
tetapi beringatlah bahawa mereka adalah insan yang akan berulangkali melakukan kesilapan dan menemui kegagalan,
itulah fitrah kesabaran.
Jangan sesekali lari dari tanggung jawab yang telah diamanahkan,
 itulah fitrah kebaikan dan
berpeganglah kepada nilai murni cinta & kesetiaan kerana
itulah fitrah kasih sayang & sebab insan dilahirkan, bertemu & akhirnya terpisah.’