Monday, November 1, 2010

Nukilan Rasa

Hadith Rasulullah s.a.w

Di bidang pertanian.
“Tiadalah seseorang mukmin itu menyamai akan semaian akan menanam tanaman lalu dimakan oleh burung atau manusia melainkan ianya adalah menjadi sedekah” (Hadis riwayat Imam Muslim).
“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bidang perusahaan.
“Sebaik-baik usaha ialah usaha seseorang pengusaha apabila ia bersifat jujur dan nasihat menasihati.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Di bidang perniagaan.
Rasulullah s.a.w. juga menyatakan bahawa sembilan persepuluh daripada rezeki itu adalah pada perniagaan. (Hadis riwayat Imam At-Tirmizi dan Hakim).


‘Apabila kita bersama mereka yang belajar dari kesilapan dan kegagalan yang pernah mereka alami maka kita akan mempunyai yang terbaik
 itulah fitrah kehidupan,
tetapi beringatlah bahawa mereka adalah insan yang akan berulangkali melakukan kesilapan dan menemui kegagalan,
itulah fitrah kesabaran.
Jangan sesekali lari dari tanggung jawab yang telah diamanahkan,
 itulah fitrah kebaikan dan
berpeganglah kepada nilai murni cinta & kesetiaan kerana
itulah fitrah kasih sayang & sebab insan dilahirkan, bertemu & akhirnya terpisah.’