Friday, October 8, 2010

'Role Model' Belia Tani Terengganu




Syahail Mohamad Nazry
CEO
Agri Wanns Sdn Bhd

Pengalaman

§         2005-2006 – Raju strawberry Farm Cameron Highlands, Pahang (Teknologi fertigasi strawberry & Hidroponik sayuran berdaun)
§         2007-2008 – Projek Pertanian Fertigasi Mega Kg Pela, Ajil Terengganu (Teknologi fertigasi Rock Melon)
§         2009-2010 - Projek Pertanian Lembah Chapu (Teknologi fertigasi Rock Melon, sayuran berdaun & ladang buluh madu)

Pengiktirafan

2009 – 500 Usahawan Tani Terbaik Bimbingan Jabatan Pertanian Malaysia

Tuesday, October 5, 2010

Sekalung Penghargaan


Syarikat Agri Wanns Sdn Bhd mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu melalui Pusat Pengembangan Pertanian Kuala Berang dan Bahagian Pengembangan, Perundingan dan Perlaburan Projek Pertanian atas daya usaha dan inisiatif yang diambil dalam menyumbang segala kerjasama, khidmat nasihat dan perlaburan bagi menjadikan Projek Pertanian Lembah Chapu sebagai satu realiti.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada :-

YB Tn. Haji Rozi Mamat (Adun Telemung, Hulu Terengganu,Terengganu)
Tuan Haji Md Yusof Maidin (Pengarah Pertanian Negeri Terengganu)
Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Terengganu
Tenaga Nasional Bhd Cawangan Kuala Berang
Tn Haji Abdullah Daud (Pegawai Pertanian Bahagian Perancangan & Penilaian Jabatan Pertanian Negeri Terengganu)
En Mohd Desa Yassin (Pegawai Pertanian Seksyen Hortikultur Jabatan Pertanian Negeri Terengganu)
Pn Rul Hajar Muda (Pegawai Pertanian Seksyen Hortikultur Jabatan Pertanian Negeri Terengganu)
Pn Hamidah Abd Hamid (Pegawai Pertanian Daerah Hulu Terengganu)
En Sidek Hussim  (Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Pengembangan,Perundingan & Perlaburan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu)
En Mohd Amran Awang (Ketua Pusat Pusat Pembangunan Pertanian Kuala Berang)
En Ibrahim (Pembantu Pertanian Seksyen Hortikultur Jabatan Pertanian Negeri Terengganu)
Pn Halimah Saaban (Pembantu Pertanian Kawasan Hulu Telemung)
En Rani Muda (Pengerusi JKKK Kg Chapu)
En Sumani Mohamad (penasihat bebas)
En Ahmad Kamarul Idrus (Pengerusi & Penasihat Agri Wanns Sdn. Bhd)

Akhir kata, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua ‘bloggers’ yang menghadirkan minda anda untuk bersama-sama mendalami perkongsian maklumat serta pengalaman dalam merialisasikan Projek Pertanian Lembah Chapu sebagai satu anjakan transformasi projek pertanian bumiputra, di hamparan tanah yang bertuah ini,Malaysia yang tercinta.

Sekian,

Kartini Mohamad
Pengarah Syarikat Agri Wanns Sdn Bhd
(Naib Ketua Puteri Bahagian Kuala Terengganu)

Monday, October 4, 2010

Kronologi 21

Ogos 2010 (7)
Membersih dan meracun rumput rumpai di sekitar kawasan penanaman dan disepanjang perparitan utama ladang.
Catatan : kos ditanggung oleh AWSB




Ogos 2010 (8)
Kerja-kerja pemasangan tiang elektrik, pendawaian talian atas dan meter perkhidmatan dilaksanakan oleh TNB dan kontraktor bertauliah yang dilantik oleh TNB.




Ogos 2010 (9)
Membuat pemeriksaan dan pengujian akhir terhadap semua pemasangan peralatan yang berkaitan di Projek Pertanian Lembah Chapu sebelum kerja-kerja penanaman dijalankan pada bulan Sept 2010.

Kronologi 20


Ogos 2010 (5)
Memasang asas trellis

Spesifikasi :-
Bahan binaan        : dawai GI no 12
Saiz                         : 65’ (panjang)
Jumlah                    : 20 unit per plot penanaman


Tujuan :
Sebagai asas mengikat tali lanjaran.


Ogos 2010 (6)
Mengisi dan mencuci cocoapeat
Menyusun polibeg

Spesifikasi :-
Saiz                         : 16” x 14”
Jumlah                    : 6000 set
Catatan                  : kos ditanggung oleh AWSB


Kronologi 19


Ogos 2010 (3)
Membina dan memasang sistem pengairan fertigasi

Spesifikasi :-
Sistem Pengairan Fertigasi
Jenis                       : AW-SPF

Bil
Peralatan
Spesifikasi
1
Tangki poly
Poly 400gal
2
Paip dan fitting PVC
1 ½”
3
Filter cakera
Poly 1 ½”
4
Motor pam
1.5hp Brand : Italy
5
Set kawalan auto
240V
6
Paip poly dan fitting
1”
7
Tubing poly dan fitting
13 mm
8
Drip set
Capalary type


Tujuan :
Mengagihkan nutrien/baja dalam bentuk larutan secara terus kepada setiap tanaman (zon perakaran)


Ogos 2010 (4)
Lawatan kerja oleh pegawai pertanian, penolong pegawai pertanian dan pegawai khas projek fertigasi   Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu beserta ketua pusat Pusat Pembangunan Pertanian Kuala Berang ke Projek Pertanian Lembah Chapu.

Lawatan bertujuan untuk memantau kemajuan proses akhir perlaksanaan Projek Pertanian Lembah Chapu yang sedang giat dilaksanakan.

Kronologi 18


Ogos 2010 (1)
Membina sistem saliran plot penanaman fertigasi

Spesifikasi :-
Saiz                         : 6” x 3” x 65’ (lebar x tinggi x panjang)
Jumlah                    : 6 set
Jentera                   : Tiada (tenaga manusia)
Catatan                  : kos ditanggung oleh AWSB
Tujuan :
Mengalirkan air keluar dan mengelakkan daripada air bertakung di sekitar kawasan penanaman, ini secara lansung menghindarkan punca penyebaran penyakit dan perumah bagi serangga perosak.


Ogos 2010 (2)
Membina rumah semaian

Spesifikasi :-
Bahan binaan        : besi ultraragal,plastik UV dan silver shine
Saiz                         : 8’ x 8’ x 20’ (lebar x tinggi x panjang)
Jumlah                    : 1 set
Catatan                  : kos ditanggung oleh AWSB

Tujuan :
Tempat khas untuk menjalankan aktiviti semaian seperti penyediaan media semaian, merawat biji benih, menyemai biji benih, menyiram, kawalan penyakit dan perosak, penakaian serta pemilihan anak benih yang subur sebelum dipindahkan ke ladang.

Kronologi 17


Julai 2010  (3)

Lokasi : Petak promosi 1


Sebanyak 100 anak tunggul buluh madu ditanam dikawasan P1 dengan keluasan ¼ ekar
-ditanam dengan jarak 10 x 10 kaki
-mengunakan sistem pengairan titisan ‘drip tape’ untuk memastikan kawasan penanaman sentiasa berada di dalam kelembapan yang sesuai
-penggunaan baja organik najis kambing dan sisa buangan sabut kelapa dari projek fertigasi
-menanam tanaman sampingan seperti bendi untuk menampung kos sistem pengairan.

Sasaran penanaman ini adalah

-pengeluaran maksima rebung sehingga 2 kg per perdu atau 800 kg per ekar tanah sebulan.
-pengumpulan maklumat penanaman buluh madu, serangan organisma perosak dan penyakit.
-sebagai panduan dan sokongan kertas kerja fasa 4 Projek Pertanian Lembah Chapu
-mengurangkan kos pengurusan dan pembangunan

Catatan : kos ditanggung oleh AWSB


Lokasi : Petak promosi 2


Sebanyak 600 anak benih ulam raja ditanam dikawasan P2 dengan keluasan ¼ ekar
-ditanam dengan jarak 12 x 12 inci
-penggunaan baja organik najis kambing dan sisa buangan sabut kelapa dari projek fertigasi
Sasaran penanaman ini adalah

-pengeluaran maksima ulam raja sehingga 5 kg sehari
-pengumpulan maklumat penanaman ulam raja,serangan serangga perosak dan penyakit.
-sebagai panduan dan sokongan kertas kerja fasa 4 Projek Pertanian Lembah Chapu
-mengurangkan kos pengurusan dan pembangunan

Catatan : kos ditanggung oleh AWSB

Kronologi 16


Julai 2010 (1)
Lawatan kerja oleh Pegawai Pertanian Bahagian Pengembangan, Perundingan dan Perlaburan Projek Pertanian dan Ketua Pusat Pusat Pembangunan Pertanian Kuala Berang ke Projek Pertanian Lembah Chapu.

 Lawatan bertujuan untuk memantau kemajuan proses perlaksanaan Projek Pertanian Lembah Chapu yang sedang giat dilaksanakan.


Julai 2010 (2)

Kerja-kerja penanaman serai wangi.


Tujuan penanaman ini adalah sebagai tanaman penolak/pencegahan (repelant/preventive) semulajadi serangga perosak.

Kaedah kultur-kawalan serangga perosak tanpa menggunakan bahan kimia, kaedahnya adalah menghalang serangga perosak daripada mendapat makanan atau dedahkan ia kepada keadaan yang tidak sesuai dengan populasinya.

Sebanyak 2000 benih serai wangi di tanam di sepanjang  perparitan utama

Tidak melibatkan sebarang pengeluaran, pengurusan dan pemasaran hasil kerana tujuan penanaman adalah untuk pencegahan serangga perosak.

Catatan  : kos ditanggung oleh AWSB

Sunday, October 3, 2010

Kronologi 15


Jun 2010 (7)

Kerja-Kerja Pembinaan Insfrastruktur Perladangan


Membina bangunan operasi dan setor lengkap dengan pendawaiaan elektrik

Spesifikasi :-
Bahan binaan            : bangunan simen
Saiz                            : 24’ x 12’ x 12’ (panjang x lebar x tinggi)
Jumlah                        : 3 unit



Tujuan :
Kawasan bagi kerja-kerja pengagihan nutrien,peralatan pengairan fertigasi,penyimpanan media,racun,bekas tanaman,baja dan lain-lain

Kronologi 14

Jun 2010 (6)

Kerja-Kerja Pembinaan Insfrastruktur Perladangan


Membina dan memasang perpaipan dan sistem sumber air

Spesifikasi :-
Kawasan sekatan dan tadahan punca air
Lokasi                         : 2 km dari tapak perladangan,terletak diantara dua cerun bukit.
Bahan binaan            : dinding konkrit simen
Saiz pintu                   : 15’ x 2’ x 8’ (panjang x lebar x tinggi)
Jumlah                        : 1 set

 
Perpaipan utama
Bahan binaan            : Paip PE
Saiz paip                    : 4”
Panjang                      : 2000 meter

Kawasan penuras
Bahan binaan            : Filter Cakera
Saiz penapisan         : 1 ½ “ (120 mesh)
Jumlah                        : 2 set
Catatan : dilengkapi juga dengan injap pelaras dan peralatan paip yang lain.

Perpaipan ladang
Bahan binaan            : Paip PVC
Saiz paip                    : 1 ½ “
Panjang                      : 300 meter

Kawasan pemantauan kualiti air
Bahan binaan            : Kolam tanah
Saiz kolam                 : 12’ x 10’ x 8’ (panjang x lebar x tinggi)
Jumlah                        : 1 set
Catatan                      : dilengkapi dengan ikan dan alatan pengujian sumber air

Tujuan :
Sistem pengairan ladang secara sistematik adalah perkara yang penting dan wajib diadakan,jumlah dan kualiti air perlulah mengikut standard yang ditetapkan.Sebarang kekurangan dan kesilapan akan membawa masalah dan menambah kos penyediaan atau rawatan.

Kronologi 13

Jun 2010 (5)

Kerja-Kerja Pembinaan Insfrastruktur Perladangan

 

Membina dan memasang struktur pelindung tanaman


Spesifikasi :-
Struktur Pelindung Tanaman
Jenis                           : AW-SPT1
Jumlah                        : 10 unit per plot pengeluaran
Saiz seunit                 : 8’ x 60’ x 8’ (lebar x panjang x tinggi)
Keluasan                    : 5880 kaki persegi per plot
Luas dalam ekar       : 0.134 ekar

Bil
Peralatan
Spesifikasi
1
Besi U
Besi GI-Ultraragal ½ “
2
Besi galang
Besi GI-Ultraragal ½ “
3
Besi asas
Besi GI-Ultraragal  1 “
4
Klip besi
½ “
5
Klip plastik
½ “
6
Plastik UV
0.01mm
7
Pipe joiner
½ “
8
Wire striper
PE




Tujuan :
1.Struktur pelindung tanaman (Green House) adalah untuk mewujudkan persekitaran terkawal sehingga membolehkan aktiviti pengeluaran berjalan secara berterusan.

Kronologi 12

June 2010 (3)
Kerja-Kerja Pembinaan Infrastruktur Perladangan
 
Membina kawasan berpagar

Keluasan : 2 hektar


Spesifikasi :-
Tiang pagar
Bahan buatan            : simen (teras rod bar)
Saiz                            : 6’ x 5” (tinggi x lebar permukaan)
Jumlah                        : 550 batang (keluasan 2 ha tanah)
Catatan                      : konkrit simen di setiap tiang penyokong

Kawat berduri
Bahan binaan            : High tension steel
Saiz                            : 500 meter segulung
Jumlah                        : 10 gulung (bagi keluasan 2 ha tanah)
Catatan                      : dipasang tujuh lapisan dari paras tanah

Tujuan :
1.Memastikan kawasan perladangan terhindar dari kegiatan pencerobohan dan kecurian.
2.Mencegah serangan binatang perosak seperti khinzir,musang dan sebagainya.


June 2010 (4)
Kerja-Kerja Pembinaan Infrastruktur Perladangan

Membina dan memasang pintu utama ladang

Spesifikasi :-
Pintu
Bahan binaan            : besi angle dan binaan chain-link
Saiz pintu                   : 5 x 7 (tinggi x panjang)
Jumlah                        : 2 set

Tujuan :
Laluan masuk dan keluar perladangan