Friday, October 1, 2010

Kronologi 3

Sept 2009
Projek Pertanian Lembah Chapu mestilah mempunyai sumber dan keperluan asas yang baik dan sempurna, oleh sebab itu beberapa kajian terhadap segala maklumat adalah sangat penting bagi menghindari sebarang masalah dan kerugian pada masa akan datang. 


Faktor pemilihan kawasan :- sumber air bersih, topografi tanah, perhubungan jalan, sumber elektrik, taburan hujan, paras kawasan dari paras laut, arah matahari dan kadaran penerimaan cahaya matahari, potensi serangan organisma perosak,jenis tanaman sekitar, penempatan manusia, laluan banjir/air bah dan suhu siang dan malam

*maklumat pemilihan kawasan di Lembah Chapu telah dijalankan bermula pada Januari 2009 


Kertas kerja Projek Pertanian Lembah Chapu Fasa 1-3 telah berjaya dihasilkan dengan kerjasama sepenuhnya diantara pihak syarikat AWSB dan ketua pusat PPPKB, juga mengariskan beberapa fasa perlaksanaanya yang bakal melibatkan beberapa projek industri asas tani di dalam satu kawasan melalui pengeluaran hasil pertanian moden.

Beberapa tindakan pembetulan terhadap kertas kerja Projek Pertanian Lembah Chapu telah dibuat, ini setelah mengambil kira kehendak dan sitiuasi semasa.