Julai 2010 (3)
Lokasi : Petak promosi 1
Sebanyak 100 anak tunggul buluh madu ditanam dikawasan P1 dengan keluasan ¼ ekar
-ditanam dengan jarak 10 x 10 kaki
-mengunakan sistem pengairan titisan ‘drip tape’ untuk memastikan kawasan penanaman sentiasa berada di dalam kelembapan yang sesuai
-penggunaan baja organik najis kambing dan sisa buangan sabut kelapa dari projek fertigasi
-menanam tanaman sampingan seperti bendi untuk menampung kos sistem pengairan.
Sasaran penanaman ini adalah
-pengeluaran maksima rebung sehingga 2 kg per perdu atau 800 kg per ekar tanah sebulan.
-pengumpulan maklumat penanaman buluh madu, serangan organisma perosak dan penyakit.
-sebagai panduan dan sokongan kertas kerja fasa 4 Projek Pertanian Lembah Chapu
-mengurangkan kos pengurusan dan pembangunan
Catatan : kos ditanggung oleh AWSB
Lokasi : Petak promosi 2
Sebanyak 600 anak benih ulam raja ditanam dikawasan P2 dengan keluasan ¼ ekar
-ditanam dengan jarak 12 x 12 inci
-penggunaan baja organik najis kambing dan sisa buangan sabut kelapa dari projek fertigasi
Sasaran penanaman ini adalah
-pengeluaran maksima ulam raja sehingga 5 kg sehari
-pengumpulan maklumat penanaman ulam raja,serangan serangga perosak dan penyakit.
-sebagai panduan dan sokongan kertas kerja fasa 4 Projek Pertanian Lembah Chapu
-mengurangkan kos pengurusan dan pembangunan
Catatan : kos ditanggung oleh AWSB