Friday, October 1, 2010

Kronologi 2

Ogos 2009
Perbincangan secara rasmi telah diadakan diantara pihak syarikat Agri Wanns Sdn Bhd (AWSB) dan ketua pusat Pusat Pembangunan Pertanian kawasan Kuala Berang (PPPKB) mengenai cadangan pembangunan Projek Pertanian Lembah Chapu,beberapa kata persetujuan telah dicapai 
Menggunakan teknologi fertigasi sepenuhnya di dalam semua projek pertanian yang bakal dijalankan
  1. Melaksanakan konsep ‘Pertanian Saing’
  2. Bakal melibatkan kerjasama strategik agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  3. Persetujuan melantik syarikat AWSB sebagai syarikat perundingan dan sebagai mentor di Projek Pertanian Lembah Chapu
  4. Penyediaan kertas kerja oleh pihak syarikat AWSB dengan kerjasama ketua pusat PPPKB untuk dibentangkan kepada Bahagian Pengembangan,Perundingan dan Perlaburan Projek Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Terengganu